Pelantikan Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke Republik Rakyat China

This image has an empty alt attribute; its file name is image-4.png

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI

YB Dato’ Seri Tiong King Sing telah dilantik sebagai Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke Republik Rakyat China bertaraf menteri.

YB Dato’ Seri Tiong King Sing adalah Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) yang juga merupakan Ahli Parlimen Bintulu. Beliau pernah berkhidmat sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur pada tahun 2014 hingga 2018.

Beliau akan berperanan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Rakyat China, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Pejabat Perdana Menteri
20 April 2020

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas