Kedai gunting rambut, salun, bazar Ramadan tidak dibenar beroperasi sepanjang PKP

PUTRAJAYA, 13 April — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kerajaan juga memutuskan semua bentuk bazar Ramadan turut tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

“Kerajaan telah mendengar pandangan rakyat, kerajaan juga mendapat nasihat daripada pakar-pakar tertentu dan badan bukan kerajaan mengenai perkara seperti ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP di sini, hari ini.

— BERNAMA

Similar Posts:

Share:
Tatal ke atas