
KUALA LUMPUR, 17 April — Isu wabak COVID-19, yang melanda dunia ketika ini, menjadi antara topik yang dibincangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rakan sejawatannya di Australia, Scott Morrison hari ini.
Selain isu virus jangkitan berkenaan, Muhyiddin yang menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya itu membincangkan isu hubungan dua hala serta kepentingan meneruskan perdagangan antara kedua-dua negara.
“Saya mengulangi komitmen Malaysia untuk terus mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Australia selain mencari ruang meneroka potensi baharu dalam pelbagai bidang,” katanya menerusi satu hantaran dalam laman Facebook dan Twitter.
Muhyiddin berkata Scott Morrison turut mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 pada 29 Feb.
— BERNAMA
Similar Posts:
- COVID-19 among topics in Muhyiddin, Australian PM talks
- Kenyataan Media: Malaysia Dan Australia Tingkatkan Hubungan Dua Hala ke Peringkat Rakan Kerjasama Komprehensif-Strategik
- COVID-19 antara topik perbincangan PM Muhyiddin dan Emir Qatar
- Isu COVID-19 antara perbincangan PM Muhyiddin dengan Trump
- PM Muhyiddin ucap tahniah kepada PM Singapura Lee Hsien Loong