PM pengerusikan mesyuarat pertama dengan para Timbalan Menteri

PUTRAJAYA, 11 Mac — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat yang pertama dengan para timbalan menteri di Perdana Putra di sini.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 2.45 petang itu dihadiri oleh 37 timbalan menteri yang mengangkat sumpah jawatan semalam.

Yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Datuk Dr Farizah Ahmad.

Pada sebelah pagi, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertamanya di bangunan yang sama.

Isnin lepas, Muhyiddin mengumumkan senarai para menteri kanan, menteri dan timbalan menteri selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac.

— BERNAMA

Similar Posts:

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

14 − 2 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas