PM Muhyiddin tinjau pasar raya, syukur rakyat patuhi jarak sosial

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pagi tadi mengambil kesempatan meninjau sebuah pasar raya di sini, dan gembira dengan sikap rakyat Malaysia yang mematuhi saranan kerajaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Melalui tinjauannya di pasar raya tersebut, beliau melahirkan rasa syukur dan lega kerana orang ramai semakin peka terhadap saranan pematuhan jarak sosial ketika tempoh PKP, yang mula dikuatkuasakan 18 Mac hingga 14 April ini.

“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasar raya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasar raya. Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan jarak sosial,” katanya dalam catatan di media sosial rasminya.

Menerusi hantaran itu, Muhyiddin dilihat memakai penutup mulut dan hidung, sarung tangan dan mengamalkan jarak sosial ketika berada di pasar raya berkenaan.

Perdana Menteri juga melalui pemeriksaan suhu badan sebelum dibenarkan masuk ke pasar raya tersebut bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Selain melihat amalan orang ramai membeli barangan keperluan, Muhyiddin juga berbelanja di pasar raya tersebut yang penuh dengan stok barangan keperluan harian.

“Barang-barang di pasar raya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik,” katanya.

Hantaran tersebut menerima komen positif daripada rakyat yang memuji Muhyiddin sebagai seorang pemimpin yang mengotakan apa dikatakan, iaitu hanya ketua keluarga dibenarkan keluar sekiranya perlu mendapatkan barang keperluan di rumah khususnya barangan makanan.

Malah, ada juga yang berjenaka dan mendoakan kesejahteraan serta kesihatan beliau.

Hafizah Husin (Facebook) : He walk the talk. Only ketua keluarga boleh shopping. A good leader he is. Semoga Allah sentiasa beri kesihatan kpd TSMY. Malaysia needs u!

Faiz Shauqi (Facebook) :Salam Tan Sri.. Mohon Tan Sri janganlah kerap keluar ke tempat awam.. Tan Sri ketua negara, kurangkan risiko. Kami rakyat doakan TSMY sihat walafiat.. Amin

SK Chew (Facebook) :Good example, Ketua isi rumah yg keluar seorang saja utk membeli barangan keperluan- social distancing

Jeremy Lim (Facebook) : Yes a Prihatin PM should always stand by the rakyat n feel like what the ordinary people behave.

@saiful_razali69 (Twitter): Jangan tertukar lengkuas dengan halia pulak Tan sri. Karang bising pulak puan sri. #MyPM

sidharta_bozz (Instagram): Keep safe and keep Healthy Tan Sri @muhyiddinyassin_official

amyzainudin (Instagram): semoga urusan PM @muhyiddinyassin_official Menerajui malaysia di permudahkan…

— BERNAMA

Similar Posts:

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

eighteen − six =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas