PM Muhyiddin tinjau aktiviti di pasar raya

PUTRAJAYA, 25 Mac — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan tinjauan aktiviti jualan dan pembelian di sebuah pasar raya besar di Seri Kembangan dekat sini sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari kelapan hari ini.

Muhyiddin tiba di premis berkenaan pada kira-kira 6 petang dan memulakan tinjauan ke bahagian keperluan harian seperti sayuran, bawang, ikan, ayam dan daging dan kemudiannya meninjau bahagian menjual gula, minyak masak dan beras.

Beliau turut bertanya kepada beberapa pelanggan sama ada barangan keperluan mencukupi.

Beberapa pelanggan juga dilihat mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas inisiatif dan langkah kerajaan dalam mendepani saat sukar berdepan wabak COVID-19.

Kunjungan Perdana Menteri itu mengundang rasa teruja pengunjung dan petugas pasar raya yang dilihat mengambil peluang mengambil gambar dan berswafoto dengan pemimpin negara itu.

— BERNAMA

Similar Posts:

 383 total views,  2 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

4 × 3 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas