PM Dipertanggungjawab Terhadap Semua Jabatan Persekutuan Sehingga Lantikan Kabinet

PUTRAJAYA, 5 Mac — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dipertanggungjawabkan terhadap semua jabatan kerajaan Persekutuan dan perkara di bawah tanggungjawab jabatan itu sehingga pelantikan menteri lain dalam jemaah menteri.

Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2020, yang disiarkan di laman web Jabatan Peguam Negara.

Menurut warta itu, perintah berkenaan berkuatkuasa mulai 1 Mac, 2020.

Warta itu menyatakan, menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Warta itu turut memaklumkan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2020 [P.U. (A) 77/2020] dibatalkan.

— BERNAMA

Similar Posts:

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

18 − 9 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas