
PUTRAJAYA, 5 Mac — Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang antara lain membincangkan penganjuran Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Dalam pertemuan di sini yang disertai Ketua Setiausaha MITI, Datuk Lokman Hakim Ali itu, Muhyiddin diberi penerangan mengenai sektor perdagangan antarabangsa dan pelaburan asing dalam negara.
Berdasarkan hantaran melalui laman Facebook rasmi Muhyiddin, Lokman juga menerangkan tentang status terkini penganjuran Sidang Kemuncak APEC di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah, November ini.
Malaysia memilih tema ‘Mengoptimumkan Potensi Insan ke arah Masa Depan Perkongsian Kemakmuran’ bagi APEC 2020.
— BERNAMA
Similar Posts:
- PM meets senior MITI officials to discuss APEC 2020, international trade
- Kerjasama baharu antara topik perbincangan PM Muhyiddin dan Perdana Menteri New Zealand
- PM akan sertai Sidang Kemuncak Khas ASEAN melalui persidangan video
- Sidang Kemuncak ASEAN secara maya bermula semasa dunia berdepan COVID-19
- PM Muhyiddin diberikan sambutan negara di Istana Merdeka