
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA
PERKHIDMATAN PEGUAM NEGARA
Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (5) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan YBhg. Tan Sri Tommy Thomas untuk memendekkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada 28 Februari 2020.
2. Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Tommy Thomas atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara.
3. Selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan YA Tan Sri Idrus bin Harun, Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara yang baharu untuk tempoh 2 tahun berkuat kuasa mulai 6 Mac 2020.
Pejabat Perdana Menteri
6 Mac 2020
Similar Posts:
- Perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
- Pelantikan Pengerusi dan Anggota Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
- Kenyataan Media mengenai Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.054 Gerik dan N.66 Bugaya
- Pelantikan dan Pertukaran Portfolio Timbalan Menteri Persekutuan
- Kenyataan Media mengenai pendapat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong