Kenyataan Media MKN: Perincian Perintah Kawalan Pergerakan

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI
18 MAC 2020

1. Umum telah mengetahui Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020.

2. Lanjutan daripada pengisytiharan tersebut, langkah-langkah susulan telah diambil bagi menyelaras dan memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat penyelarasan antara agensi kerajaan pada 17 Mac 2020 untuk memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan agar Perintah ini dapat berjalan dengan baik dan lancar. Untuk memastikan keperluan orang ramai kepada perkhidmatan-perkhidmatan asas tidak terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa, perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti di Lampiran A (Essential) dan di Lampiran B (Non-Essential) dibenarkan beroperasi.

3. Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa mulai jam 12.00 tengah malam, 18 Mac 2020. Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk mematuhi semua peraturan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa.

4. Bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 telah diwartakan pada 18 Mac 2020. Pegawai Polis DiRaja Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

5. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan ini, orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas. Selain itu, amalkan penjarakan sosial (social distancing) dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan COVID-19.

6. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8888 2010.

Sekian.

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
18 MAC 2020

 

Lampiran A dan Lampiran B berada di dalam dokumen di bawah:

Similar Posts:

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

19 − one =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas