Kenyataan Media: Mesyuarat EAC Bil 3/2020

MESYUARAT EAC BIL 3/2020

Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) hari ini bersetuju melantik tokoh ekonomi dari Sabah dan Sarawak sebagai anggota EAC.

Mereka ialah Datuk Bridget Lai @ Bridget Anne Chin Hung Yee, seorang tokoh perbankan terkenal di Sabah dan Datu Abang Halmi Ikhwan, iaitu Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak.

Pelantikan itu menjadikan jumlah terkini anggota EAC kini seramai 13 orang.

Mesyuarat EAC juga memberi tumpuan khusus terhadap pandangan serta rungutan dalam kalangan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berhadapan cabaran sangat getir berikutan wabak COVID-19.

Bagi meringankan beban penyewa, semua pemilik premis perniagaan swasta atau persendirian digesa mempertimbangkan pemberian diskaun, penangguhan atau pengecualian bayaran sewa ke atas peniaga yang tidak dapat menjalankan perniagaan.

Unit LAKSANA Kementerian Kewangan juga turut membentangkan laporan pemantauan Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan bagi memastikan objektif yang digariskan kerajaan tercapai.

Pejabat Perdana Menteri
30 Mac 2020

Similar Posts:

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

fourteen − 13 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas