Berjaya dan I-Berhad masing-masing sumbang RM1 juta untuk tabung COVID-19

KUALA LUMPUR, 20 Mac — Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima dua cek daripada Berjaya Group of Companies dan I-Berhad untuk disumbangkan kepada tabung COVID-19.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Muhyiddin berkata Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corporation Berhad, Datuk Seri Robin Tan dan Pengerusi I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong masing-masing telah menyumbangkan RM1 juta menjadikan sumbangan tabung COVID-19 kini berjumlah RM2.125 juta.

Dalam hantaran yang mendapat 5,300 ‘likes’ itu, Muhyiddin turut memuat naik dua keping gambar penyerahan cek oleh kedua-dua penderma berkenaan.

Atas dasar keprihatinan, kerajaan Perikatan Nasional telah melancarkan tabung COVID-19 pada 11 Mac lalu bagi memberi bantuan kewangan kepada pihak yang memerlukan.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, I-Berhad berkata syarikat itu mengiktiraf tanggungjawab sosialnya untuk bekerjasama dan menyokong inisiatif kerajaan dan berharap sumbangan itu akan dapat membantu golongan yang memerlukan dalam masa yang mencabar ini.

Lim berkata syarikat itu memuji usaha gigih kerajaan dalam menangani keadaan semasa ini serta melihat pelbagai inisiatif demi kesejahteraan negara.

“Selain itu, kami juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada doktor, jururawat dan pekerja kesihatan yang merupakan barisan hadapan dalam usaha memerangai wabak ini,” katanya.

— BERNAMA

Similar Posts:

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

three × 3 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas