Keputusan Terkini Amerika Syarikat Ke Atas Penempatan Haram Israel Menganiaya Pihak Palestin

PEJABAT PERDANA MENTERI

KENYATAAN MEDIA

KEPUTUSAN TERKINI AMERIKA SYARIKAT KE ATAS PENEMPATAN HARAM ISRAEL MENGANIAYA PIHAK PALESTIN

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Bin Mohamad berkata keputusan terkini ke atas status penempatan Israel di dalam wilayah Palestin adalah tidak masuk akal kerana ia seolah-olah mengizinkan rampasan tanah oleh sesebuah negara jiran.

Mengulas laporan yang memetik Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo, yang telah mengumumkan pentadbiran Trump tidak menganggap penempatan Israel di Tebing Barat sebagai haram, Dr Mahathir berkata anggapan itu secara terang-terangan tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa serta resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu.

“Kita tidak lagi selamat. Jika sesebuah negara mahu masuk ke negara kita dan
membina penempatan, kini ia adalah sah dan dihalalkan. Kita tidak boleh buat apa-apa,” tambah beliau lagi.

Langkah yang dibuat oleh pentadbiran Trump ini telah menyebabkan kemarahan di peringkat antarabangsa kerana ia bertentangan dengan keputusan Pentadbiran Amerika Syarikat pada tahun 1978 di mana penempatan tersebut adalah haram dan tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Dr Mahathir melahirkan perasaan bimbang kerana pengumuman ini akan menggalakkan lagi kekejaman tenntera Israel yang ketika ini sedang ghairah melakukan pembunuhan dan serangan ganas ke atas Gaza di mana laporan-laporan menyatakan ramai kanak-kanak terkorban.

“Anda mengumumkan bahawa penempatan haram mereka adalah sah semasa
mereka sedang melakukan keganasan di Gaza… tidakkah ini akan menggalakkan mereka untuk membunuh kanak-kanak dan orang awam dan mereka tidak akan dihukum? Sebaliknya mereka diberi ganjaran untuk membina penempatan di tanah penduduk yang telah mati mereka bunuh.”

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
19 NOVEMBER 2019

Similar Posts:

277 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

16 + five =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas