Malaysia Perlu Eksport Lebih Banyak Panel Solar, Kata Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Malaysia perlu meningkatkan eksport panel solarnya memandangkan negara menghasilkan panel solar yang berkualiti baik, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport panel solar yang terbesar ke Amerika Syarikat.

“Panel solar kita adalah berkualit amat baik. Jadi kita boleh meningkatkan eksport panel solar seterusnya. Ini adalah arah yang kita telah lakukan dan kita komited terhadapnya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan solusi bumbung solar pertama Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di negara ini dikenali sebagai M+ oleh PETRONAS.

Pelancaran itu adalah bersempena dengan Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa (IGEM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir pada pelancaran majlis itu ialah Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

— BERNAMA

Similar Posts:

48 total views, 2 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

nine − seven =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas