Presiden Indonesia Jokowi akhiri lawatan dua hari ke Malaysia

SEPANG, 9 Ogos (Bernama) — Presiden Indonesia, Joko Widodo mengakhiri lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia selepas jadual padat separuh hari dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejak pagi ini. 

Presiden itu, yang lebih dikenali sebagai Jokowi dan isteri, Iriana Joko Widodo berlepas dari Komplekis Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini untuk ke Singapura pada pukul 3.20 petang.

Yang turut hadir di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan kepada Presiden dan anggota rombongannya ialah Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, yang juga Menteri Pengiring dan isteri Normah Alwi.

Turut hadir Duta Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana.

Jokowi berlepas ke Singapura untuk menghadiri Perarakan Hari Kebangsaan Singapura bagi meraikan dua abadnya atas jemputan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

Juga dijemput ialah Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir dan Sultan of Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah.

Perarakan Hari Kebangsaan Dua Abad 2019 itu menjadi acara bersejarah bagi sempena ulang tahun ke-200 ketibaan Stamford Raffles di Singapura.

— BERNAMA 

Similar Posts:

366 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

1 × five =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas