PM lawat teamLab Future Park

FUKUOKA (Jepun), 7 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melawat pusat seni digital interaktif teamLab Future Park di sini hari ini.

Beliau meluangkan masa kira-kira sejam di pusat berkenaan yang terletak di Canal City Hakata, untuk meneroka pameran interaktif dan teknologi di sebaliknya.

Beliau melihat sendiri teknologi Augmented Reality (AR) yang digunakan di taman futuristik itu serta diberi taklimat dan penerangan semasa lawatan oleh pengasas teamLab Toshiyuki Inoko.

Beliau turut mengambil peluang membuat lakaran dan mewarna lukisan sotong yang kemudian dimasukkan ke dalam akuarium virtual. Hasil lakaran tersebut akan terus disimpan di taman futuristik berkenaan.

Dr Mahathir berada di Fukuoka untuk lawatan kerja dua hari mulai Rabu.

— BERNAMA

Similar Posts:

188 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

14 − eleven =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas