PM Iringi Agong Solat Jumaat Di Masjid Putra

Slider image
Slider image
Slider image
Slider image
Slider image
Slider image
Slider image
Slider image
Slider image
Slider image

PUTRAJAYA, 2 Ogos (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini, hari ini.

Seri Paduka, yang berbaju Melayu berwarna putih, berangkat tiba di masjid kira-kira1.20 tengah hari, disambut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Turut hadir Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

Khutbah khas bertajuk ‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’ sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang berlangsung 30 Julai lepas, dibacakan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Syaikh Ismail dalam khutbahnya menyeru sidang Jumaat untuk menumpahkan sepenuh taat setia kepada kepimpinan Sultan Abdullah selaku ketua agama dan ketua negara bagi memastikan segala agenda pentadbiran dan kemakmuran dapat dicapai.

Seri Paduka bersama-sama ribuan jemaah menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Syaikh Ismail.

Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka berkenan meluangkan masa bersalaman dengan jemaah dan mengurniakan sumbangan wang tunai kepada jemaah kanak-kanak.

Solat Jumaat dan khutbah khas yang dibacakan serentak di semua masjid di seluruh negara hari ini adalah sebahagian daripada acara sampingan sempena istiadat pertabalan itu.

— BERNAMA

Similar Posts:

255 total views, 2 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

20 − 1 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas