Perdana Menteri zahir ucapan Hari Raya Aidiladha menerusi Youtube

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. 

“Assalamualaikum warramatullahi wabarakatuh. Saya serta isteri saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dan saya harap kita semua gembira dengan perayaan ini dan kita lakukan apa yang dikehendaki oleh agama kita,” katanya.

Ucapan berdurasi kira-kira 42 saat itu disiarkan menerusi media sosial YouTube petang ini.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) esok.

— BERNAMA

Similar Posts:

266 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

17 + 14 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas