Mahathir, Jokowi solat Jumaat di Masjid Putra

PUTRAJAYA, 9 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Indonesia Joko Widodo hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini. 

Kedua-dua pemimpin tiba kira-kira 1.30 tengah hari dengan Dr Mahathir memandu sendiri kereta Proton Persona berwarna merah. 

Hadir sama Menteri Pertahanan Mohamad Sabu. 

Sebelum itu, kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra yang terletak bersebelahan dengan masjid. 

Segak berbaju kemeja biru muda dan bersut biru, Dr Mahathir dan pemimpin Indonesia yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu kemudiannya menunaikan solat sunat sebelum mengikuti khutbah Jumaat disampaikan oleh Imam Masjid Putra Muktasyaf Ibrahim yang kemudiannya turut mengimamkan solat. 

Selesai solat, kedua-dua pemimpin negara Islam itu dilihat meluangkan masa bersalaman dengan para jemaah yang berbaris panjang. 

Jokowi yang tiba bersama isterinya Iriana Joko Widodo semalam sedang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia. 

Ia merupakan lawatan rasmi pertama Jokowi selepas dilantik semula bagi penggal kedua pada Pilihanraya Presiden 17 April lepas. 

— BERNAMA 

Similar Posts:

185 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

three × five =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas