Kesesakan di Tambak Johor, mesyuarat khas bersama PM akan diadakan – Muhyiddin

MUAR, 9 Ogos (Bernama) — Satu mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan diadakan bagi membincangkan jalan penyelesaian kepada kesesakan di Tambak Johor.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mesyuarat berkenaan akan diadakan pada 22 Ogos ini.

“KDN diberi tanggungjawab untuk menyediakan kertas kerja lengkap mengenai beberapa cadangan untuk mengatasi masalah itu,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Lembu Korban Parlimen Pagoh di Taman Pagoh Jaya di sini, hari ini.

Isu berkenaan pernah dibincangkan Dr Mahathir bersama rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Kesembilan, April lepas.

— BERNAMA

Similar Posts:

112 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

2 × 4 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas