Jepun serius bantu pembangunan Malaysia

Daripada Leslean Arshad

FUKUOKA (Jepun), 8 Ogos (Bernama) — Jepun serius untuk berperanan membantu pembangunan Malaysia termasuk menghantar penasihat khas perdana menterinya serta pakar pelbagai bidang untuk berbincang dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata kerajaan Jepun melihat lawatan kerja beliau ke Fukuoka adalah peluang untuk mereka berbincang dengannya tentang peranan Jepun dalam menolong pembangunan Malaysia.

Dr Mahathir hari ini mengadakan pertemuan dengan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Jepun, Hiroto Izumi, yang bertanggungjawab berkaitan hal ehwal Malaysia, yang turut disertai sembilan pakar pelbagai bidang termasuk kewangan, hutang, pengangkutan dan pendidikan.

“Semuanya dibincang dan nampak kerajaan Jepun telah bincang dengan serius apa yang boleh mereka buat untuk menolong kita dan mereka kemukakan dan minta pendapat kita,” kata Dr Mahathir kepada wartawan Malaysia ketika mengakhiri lawatan kerja dua harinya di Fukuoka pada Khamis.

Dalam pertemuan itu, katanya mereka umpamanya memberi pandangan mengenai dasar pengangkutan darat, rel dan air supaya Malaysia dapat menyusun serta mendapat manfaat maksimum daripada sistem pengangkutan yang diamalkan.

Dr Mahathir berkata beliau akan membangkitkan perkara-perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu di Kabinet untuk menteri-menteri mengambil tindakan sewajaranya. 

— BERNAMA

Similar Posts:

137 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

eight − 2 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas