Dr Mahathir tinjau kesan ribut di Pantai Tengah

LANGKAWI, 12 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluangkan masa meninjau keadaan di sepanjang Pantai Tengah di sini yang teruk dibadai ribut dalam kejadian Jumaat lalu.

Beliau yang mempunyai program padat di Langkawi hari ini memandu sendiri kereta SUV Lexus bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali melihat sendiri kesan ribut yang masih kelihatan.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi meluangkan masa kira-kira 15 minit di lokasi tersebut.

Kesan pokok tumbang yang sudah dibersihkan dan kerosakan yang berlaku pada premis perniagaan di kawasan tersebut masih dapat dilihat di sepanjang lokasi tersebut.

Dalam kejadian Jumaat lalu, hujan lebat berserta angin yang kencang melanda kawasan itu kira-kira pukul 7.45 malam menyebabkan premis perniagaan, kenderaan telah ditimpa pokok malahan kabel elektrik jatuh di atas jalan raya.

— BERNAMA

Similar Posts:

47 total views, 2 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

four + 18 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas