Dr Mahathir bertemu Penasihat Khas PM Jepun

FUKUOKA (Jepun), 8 Ogos — Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Jepun, Hiroto Izumi hari ini bagi membincangkan mengenai hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun. — fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

FUKUOKA (Jepun), 8 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Jepun, Hiroto Izumi bagi membincangkan mengenai hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun.

Pertemuan dengan Izumi, yang bertanggungjawab dengan perkara berkaitan hal ehwal Malaysia, diadakan di Fukuoka pada hari terakhir lawatan kerja tiga hari Dr Mahathir ke wilayah itu.

Jepun merupakan rakan dagangan global keempat terbesar di Malaysia pada 2018 dengan jumlah perdagangan dua hala dicatatkan pada RM132.57 bilion (US$32.86 bilion).

— BERNAMA

Similar Posts:

171 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

three + ten =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas