PM Mahathir dianugerahkan Doktor Kehormat oleh Universiti Turki

ANKARA, 25 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis dianugerahkan Doktor Kehormat Sains Politik dan Pentadbiran Awam oleh Ankara Yildirim Beyazit University.

Dr Mahathir dianugerahkan ijazah kehormat itu oleh rektor universiti berkenaan Prof Dr Ibrahim Aydinli dan Presiden Majlis Pendidikan Tinggi Turki, Dr Yekta Sarac.

Majlis penganugerahan itu diadakan di Majlis Pengajian Tinggi Turki di sini.

Dr Mahathir merupakan penerima ketiga doktor kehormat dari universiti itu selepas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Djibouti Ismail Omar Guelleh.

Ia bagi mengiktiraf usaha gigih Perdana Menteri membangunkan Malaysia.

Penganugerahan itu juga bagi menghargai usaha beliau mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Turki.

Dr Mahathir dalam lawatan rasmi empat hari ke Turki sejak Rabu.

— BERNAMA

Similar Posts:

276 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

sixteen − 13 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas