Penyalahgunaan Nama YAB Perdana Menteri oleh Pihak Tertentu

PEJABAT PERDANA MENTERI

KENYATAAN MEDIA

PENYALAHGUNAAN NAMA YAB PERDANA MENTERI OLEH PIHAK TERTENTU

Pejabat Perdana Menteri ingin merujuk kepada dua insiden di mana nama Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad telah disalahguna oleh pihak tertentu dan telah menyebabkan kekeliruan di kalangan orang ramai.

  1. Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan surat berbentuk e-mel kepada pihak pengurusan tertinggi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan demi mendapatkan sokongan peribadi dalam menjayakan pentadbiran beliau. Sebarang bentuk komunikasi rasmi dari Perdana Menteri akan hanya dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, dan bukannya dari e-mel peribadi beliau.

  2. Perdana Menteri juga tidak pernah menyokong mana-mana laman sesawang yang mempromosikan perniagaan Bitcoin.

Kedua-dua insiden ini sedang dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk diambil tindakan selanjutnya. Pejabat Perdana Menteri ingin menasihatkan sesetengah pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak menyalahguna nama dan kedudukan Perdana Menteri di dalam surat-menyurat mahupun laman sesawang kerana ini adalah salah di sisi undang undang.

Terima kasih.

PEJABAT PERDANA MENTERI
Putrajaya
22 Julai 2019

Similar Posts:

234 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

2 − 2 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas