Kerjasama Malaysia, Turki bina super car – Dr Mahathir

ISTANBUL, 27 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau merancang menjalin kerjasama dengan syarikat dari Turki dalam pembuatan ‘super car’ bagi meningkatkan lagi keupayaan industri automotif negara.

Katanya beliau telah lama melihat keupayaan yang ada pada syarikat dari Turki itu, namun hanya sekarang perkara itu boleh dilaksanakan.

“Saya sedar kebolehan mereka. Tetapi tiada tindakan susulan waktu itu kerana semasa saya ada maklumat berkenaannya, saya bukan Perdana Menteri, jadi terganggu sikit nak kemajuannya.

“Dan sekarang, mereka sedia berkerjasama.., bukan sahaja kereta seperti itu (super car) bahkan kereta-kereta lain,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasmi beliau ke Turki, di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di sini pada Sabtu.

Dr Mahathir tiba di Ankara, ibu negara Turki, pada Rabu untuk lawatan empat hari, dan berada di sini sejak Jumaat.

Selain itu, Dr Mahathir berkata pertemuan beliau dengan ahli perniagaan Turki di sini pada Jumaat juga menghasilkan peluang yang baik untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan hab peniagaan di Asia Tenggara dan negara-negara lain.

— BERNAMA

Similar Posts:

215 total views, 2 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

five × four =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas