Dr Mahathir zahir harapan buat negara di hari ulang tahun kelahirannya

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun ke-94 kelahirannya hari ini dengan menzahirkan hasrat untuk melihat langkah-langkah yang diambilnya ke arah pemulihan Malaysia, berjalan lancar.

“Impian saya sempena sambutan ini mudah sahaja, semoga saya dapat selesaikan tugas-tugas saya untuk meletakkan Malaysia ke arah pemulihan,” katanya menerusi catatan di sebuah akaun media sosialnya.

“Ia satu penghormatan dan keistimewaan untuk berkhidmat kepada negara ini,” katanya dalam catatan yang turut disertakan dengan beberapa foto yang memaparkan wajah Perdana Menteri paling tua di dunia itu, tersenyum lebar.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyampaikan ucapan Selamat Hari Lahir kepadanya.

Dr Mahathir, yang merupakan Perdana Menteri ke-tujuh dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah, dan beliau juga adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat.

— BERNAMA

Similar Posts:

33 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

three × 5 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas