Dr Mahathir gembira ‘Raja Gigi’ cadang tarik pesawat guna gigi

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gembira melihat kesungguhan ‘Raja Gigi’, V. Rathakrishnan, 37, yang bercadang untuk menarik pesawat Airbus A380 milik Malaysia Airlines dengan gigi beliau pada April 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Saya bertemu dengan Encik Rathakrishnan petang tadi. Beliau memberitahu saya tentang rancangannya untuk menarik pesawat Airbus A380 milik Malaysia Airlines menggunakan gigi pada April 2020 nanti di KLIA,” katanya menerusi laman Twitter dan Facebook beliau, hari ini.

Pada Oktober 2003 Dr Mahathir menyaksikan Rathakrishnan menempa nama dalam rekod dunia apabila berjaya menarik enam gerabak kereta api komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) sejauh 4.2 meter.

Jumlah berat enam kereta api komuter itu ialah 260.8 tan dan pencapaian cemerlang Rathakrishnan itu adalah di bawah projek “Semangat Malaysia Perkasa” ketika itu.

“Saya berasa amat gembira melihat kesungguhan beliau dan berharap usahanya kali ini disokong oleh seluruh rakyat Malaysia. #MalaysiaBoleh!,” katanya.

— BERNAMA

Similar Posts:

233 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

2 × 4 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas