Mohd Khalil, Dr Mahathir hadir jamuan Aidilfitri penjawat awam Melaka

MELAKA, 10 Jun (Bernama) — Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini hadir memeriahkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama Penjawat Awam Negeri Melaka di Dataran Seri Negeri di sini, hari ini.

Mohd Khalil dan Dr Mahathir meluangkan masa kira-kira satu jam menikmati pelbagai juadah hari raya dan beramah mesra bersama kira-kira 2,000 penjawat awam negeri Melaka yang hadir pada jamuan yang bermula 12.30 tengah hari itu.

Antara juadah yang disajikan ialah rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, sate serta bihun goreng dan pengunjung dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan muzik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Majlis tersebut dihadiri Ketua Menteri Melaka Adly Zahari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Hasim Hasan dan barisan exco kerajaan negeri Melaka.

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Ridzuan Md Yusof yang juga Anggota Parlimen Alor Gajah.

Terdahulu Dr Mahathir menyampaikan ucaptama pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Penjawat Awam negeri itu sempena lawatan kerja rasmi beliau ke Melaka.

— BERNAMA

Similar Posts:

393 total views, 2 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

six − five =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas