Dr Mahathir, isteri ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin,” kata Perdana Menteri menerusi ucapan berbentuk klip video berdurasi 54 saat bersama isteri beliau di laman Twitter dan Facebook.

Dr Siti Hasmah juga menzahirkan ucapan beliau kepada muslimin dan muslimat yang berada di luar negara serta pasukan keselamatan yang menjaga keamanan negara dan dunia.

“Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimin dan muslimat yang di luar sana khasnya di luar negera dan khasnya juga kepada pasukan keselamatan kita yang bertugas di batasan, di udara, di samudera dan juga di luar negara sebagai pasukan menjaga keamanan di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” katanya.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Syawal esok.

— BERNAMA

Similar Posts:

213 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

17 + four =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas