Dasar Makmurkan Jiran Galakan Konsep Perkongsian Kemakmuran – Tun M

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Malaysia mesti memperakui potensi menjali hubungan strategik dengan jiran-jirannya menerusi Dasar Makmurkan Jiran, yang menggalakkan konsep perkongsian kemakmuran, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini.

Pakatan strategik katanya akan menjurus kepada masa depan tenaga baharu yang mampan dan terjamin untuk generasi akan datang.

“Perindustrian yang semakin pesat di ekonomi pesat membangun seperti China, India dan Asia Tenggara akan memerlukan tenaga untuk meningkatkan pertumbuhan mereka,” katanya ketika merasmikan Persidangan Minyak dan Gas Asia 2019 di sini.

Beliau berkata dunia hari ini berhadapan dengan kebimbangan yang semakin meningkat dalam pertumbuhan ekonomi global yang mampam selain munculnya cabaran kewangan, politik, sosial dan alam sekitar yang semakin meningkat.

“Ketika negara-negara menuju ke arah ekonomi global yang teguh, kita melihat kadar jangka hayat, celik huruf dan kehidupan yang semakin meningkat. Akibatnya boleh dijangkakan,” katanya.

Walaupun kebergantungan kepada bahan api fosil dijangka kekal kukuh, Asia mengambil langkah besar menggunakan bahan bakar fosil kurang intensif karbon seperti gas asli, kata Dr Mahathir.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), penggunaan tenaga global pada 2018 meningkat hampir dua kali ganda daripada kadar pertumbuhan purata sejak 2010.

Dr Mahathir berkata lebih banyak negara sedang mengejar kemakmuran dan kualiti hidup yang lebih baik.

Oleh itu, syarikat-syarikat tenaga perlu menyesuaikan strategi dan amalan mereka untuk menyesuaikan dasar dan peraturan yang diterima pakai oleh negara-negara, seperti rangka kerja Matlamat Pembangunan Mampan Bangsa-bangsa Bersatu dan Perjanjian Paris ke atas sasaran pelepasan, katanya.

“Asia bagaimanapun, terus meletakkan kedudukannya sebagai pasaran yang dinamis dan cergas walaupun berhadapan cabaran seragam dari segi peningkatan permintaan tenaga, memperluas akses tenaga dan memenuhi komitmen tehadap iklim.

“Untuk membangunkan Asia, negara-negara di rantau ini perlu meneroka pelbagai pilihan untuk meningkatkan kecekapan dan kemampuan tenaga dengan mempelbagaikan gabungan tenaga masing-msing,” katanya.

Tun Mahathir berkata industri minyak dan gas merupakan perniagaan kitaran kerana sejarah telah menunjukkan bahawa keupayaan untuk bertindak balas dengan cepat dengan strategi sistematik dan seragam perlu untuk tempoh panjang.

“Timur Tengah sememangnya bergolak sejak dulu atau kerana kejayaan kuasa-kuasa Barat dan sekutu mereka dalam mempengaruhi perubahan rejim di rantau ini dan memaksa apa yang mereka didefinisikan sebagai demokrasi, diterima katanya. .

“Sama ada kita mengakui atau tidak, kemasukan tentera pada 2003 menggunakan demokrasi sebagai penyebabnya apabila diterima secara meluas bahawa ia hanyalah penyamaran, suatu alasan untuk mengawal pengeluaran minyak di negara-negara ini,” katanya.

Walaupun pergolakan pada 2003 dan tahun-tahun berikutnya terus tidak dipertikai, dunia kini menghadapi krisis ekonomi yang belum pernah terjadi sebelumnya yang disebabkan oleh perang perdagangan AS-China.

“Pada masa ini, kita tidak tahu bagaimana ia akan reda, dan sejak itu banyak yang menjadi mangsa dan lebih banyak lagi akan berhadapan masalah yang sama jika krisis ini berterusan,” kata Dr Mahathir.

Di Teluk, beliau berkata taktik provokasi mewujudkan lebih banyak keadaan tidak menentu dan keadaan ini ternyata meningkatkan tekanan untuk menjalankan perniagaan dan sudah pastinya industri minyak dan gas dan akan terjejas.

— BERNAMA

Similar Posts:

336 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

four + twenty =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas