Kerajaan Akan Terus Beri Layanan Istimewa Kepada Kontraktor Bumiputera – Tun M

PETALING JAYA, 28 Mei (Bernama) — Kerajaan akan terus memberikan layanan istimewa kepada kontraktor Bumiputera termasuk dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) walaupun ia masih belum memutuskan lagi berkenaan kuota, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya ingin jelaskan bahawa sistem lama memberikan layanan istimewa (kepada kontraktor Bumiputera) masih ada dan ia berterusan termasuk tender yang dirundingkan.

“Tender terbuka akan masih dirundingkan tetapi (hanya) dalam kes tertentu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tanpa menjelas lanjut, Dr Mahathir berkata antara kes tertentu termasuklah syarikat yang mewakili beberapa koperasi.

Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia baru-baru ini meminta kerajaan Pakatan Harapan memberikan kuota khas sekurang-kurangnya 20 peratus daripada bahagian kerja tempatan dalam projek ECRL kepada kontraktor Bumiputera.

Mengikut perjanjian tambahan baharu dimeterai pada 12 April, Dr Mahathir berkata China Communications Construction Co Ltd (CCCC) bersetuju untuk memastikan 40 peratus daripada kerja awam diberikan kepada kontraktor tempatan.

— BERNAMA

Similar Posts:

430 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

two × one =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas