Dr Mahathir tinjau Bazar Ramadan Stadium Darul Aman

ALOR SETAR, 26 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau dan membeli juadah di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman di sini, hari ini.

Perdana Menteri yang memandu sendiri kereta tiba di bazar berkenaan pada 5.55 petang diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir juga meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga di bazar tersebut selain orang ramai turut mengambil peluang bergambar dengan perdana menteri.

Antara juadah yang menjadi pilihan Dr Mahathir ialah dadih, roti jala dan cucur udang.

Dr Mahathir juga kelihatan tertarik dengan keunikan nasi ayam hijau kuning yang dijual di bazar itu.

— BERNAMA

Similar Posts:

322 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

one × 2 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas