Dr Mahathir hadir majlis kesyukuran Pakatan Harapan

PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Kesyukuran Kemenangan Rakyat sempena setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di Masjid Putra di sini hari ini.

Dr Mahathir yang memakai baju Melayu berwarna ungu, tiba pada 7 malam dan disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, menteri-menteri Kabinet, anggota parlimen, pegawai tinggi kerajaan dan orang awam.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh pemangku Imam Besar Masjid Putra Ustaz Lukman Mohd Hosni.

Dr Mahathir kemudiannya berbuka puasa bersama para hadirin sebaik sahaja azan maghrib berkumandang.

Selesai berbuka, Perdana Menteri bersama-sama lebih 1,000 jemaah menunaikan solat maghrib secara berjemaah.

— BERNAMA

Similar Posts:

363 total views, 2 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

five × 3 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas