Dr Mahathir berbuka puasa bersama Kabinet, MB dan duta asing

PUTRAJAYA, 20 Mei (Bernama) — Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan majlis berbuka puasa bersama menteri Kabinet, menteri besar dan ketua menteri serta duta asing ke Malaysia di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini, malam ini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 160 orang tetamu itu turut disertai isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pegawai kanan kerajaan, wakil syarikat berkaitan kerajaan dan wakil organisasi media.

Antara yang hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Industri Utama, Teresa Kok, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar.

Turut kelihatan, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang.

Selesai majlis berbuka puasa itu, Dr Mahathir turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid Putra, Shamsul Bahari Dahlan.

— BERNAMA

Similar Posts:

401 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

two − 1 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas