Barat Mesti Terima Timur Yang Kini Setaraf Atau Lebih Baik – Mahathir

TOKYO, 30 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barat harus menerima bahawa penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun, telah meningkatkan keupayaan negara Timur, yang tidak lagi meniru produk dari Barat.

“Pada mulanya mereka meniru produk dari Barat, kemudiannya mereka menghasilkan produk yang lebih baik dan menerusi penyelidikan, mereka menghasilkan produk yang lebih baik … dalam bidang telefon, contohnya, Korea, Jepun dan China, yang membelanjakan lebih banyak wang untuk penyelidikan dan pembangunan berbanding kemungkinan di Eropah dan AS.

Menerusi pelaburan yang lebih besar, Timur telah meningkatkan produk, dan dunia mesti menerima realiti baharu ini, katanya.

“(Sebagai contoh), saya faham Huawei mempunyai kelebihan yang besar terhadap teknologi Amerika.

“Namun jika anda mahu situasi di mana anda sentiasa berada di hadapan, dan apabila anda tidak berada di hadapan, saya akan mengharamkan anda dan menghantar kapal perang ke negara anda, ini bukan persaingan, ini mengancam rakyat dan bukanlah pendekatan yang boleh digunakan.

“Dahulu kita mengharapkan segala-galanya dari Barat, kini ia datang dari Timur,” katanya pada sesi dialog di Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference) di sini hari ini.

Dr Mahathir tiba di Tokyo malam tadi untuk lawatan kerja tiga hari.

— BERNAMA

Similar Posts:

206 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

5 × 3 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas