Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019

PEJABAT PERDANA MENTERI

KENYATAAN MEDIA

BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2019

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019, Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019.

Bantuan khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 0.8 juta pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM225. Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 24 Mei 2019.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
16 MEI 2019

Similar Posts:

3,716 total views, 4 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

three × 1 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas