Perjanjian Projek East Coast Rail Link (ECRL)

PEJABAT PERDANA MENTERI

KENYATAAN MEDIA

PERJANJIAN PROJEK EAST COAST RAIL LINK (ECRL)

Kerajaan Malaysia menyambut baik Perjanjian Tambahan (Supplementary Agreement) yang termeterai antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) untuk membolehkan projek East Coast Rail Link (ECRL) disambung semula.

Perjanjian ini merangkumi aspek kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan dan ia telah ditandatangani setelah rundingan selama beberapa bulan antara kedua-dua syarikat tersebut dan juga antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Republik Rakyat China telah berjaya dicapai.

Kerajaan Malaysia juga ingin mengumumkan bahawa kos pembinaan untuk Fasa 1 dan 2 projek ECRL ini berjumlah RM44 billion, iaitu pengurangan sebanyak RM21.5 billion dari kos asal sebanyak RM65.5 billion.

Pengurangan ini akan memberi manfaat kepada Malaysia dan meringankan beban kewangan Negara. Maklumat terperinci mengenai perjanjian tambahan ini akan diterangkan lebih lanjut di dalam sidang media yang dijadualkan pada hari Isnin minggu hadapan bertarikh 15 April 2019.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
12 APRIL 2019

Similar Posts:

428 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

15 − 8 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas