Mahathir diberi sambutan negara di Istana Malacanang

MANILA, 7 Mac – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi oleh Presiden Filipina Rodrigo Roa Duterte yang berjalan melintasi Pengawal Penghormatan Angkatan Bersenjata Filipina semasa Majlis Sambutan Rasmi di Istana Malacanang hari ini. Tun Dr Mahathir dijadual menyampaikan ucaptama semasa pertemuannya dengan ketua-ketua industri di Filipina di Forum Perniagaan Malaysia-Filipina dalam lawatan tiga hari ke Filipina.
–fotoBERNAMA (2019) COPYRIGHTS RESERVED?

MANILA, 7 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi sambutan negara di Istana Malacanang di sini Khamis, sambutan pertama seumpama itu yang diberikan kepada seorang ketua kerajaan di bawah pentadbiran Presiden Rodrigo Duterte.

Setibanya di Istana, Dr Mahathir diberi penghormatan untuk memeriksa barisan kehormatan terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Filipina.

Dr Mahathir diiringi oleh Duterte semasa memeriksa barisan kehormatran sambil lagu kebangsaan Malaysia dan Filipina dimainkan serentak dengan tembakan meriam 21 das.

Dr Mahathir kemudian mempelawa Dr Mahathir ke istana yang menyaksikan perdana menteri Malaysia itu menandatangani buku pelawat sebelum mesyuarat antara delegasi Malaysia dan Filipina berlangsung, yang diketuai oleh kedua-dua pemimpin.

Dr Mahathir dan Duterte kemudian mengeluarkan kenyataan media bersama.

Dr Mahathir juga menghadiri majlis jamuan negara yang dihoskan oleh Duterte bagi meraikan beliau.

Terdahulu, Dr Mahathir menghadiri upacara meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Jose Rizal di Rizal Park.

Tugu peringatan itu dibina bagi memperingati pejuang kemerdekaan Filipina Jose Rizal.

— BERNAMA

Similar Posts:

453 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

one × two =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas