137 Pelajar MJHEP Terima Kad Tahniah Daripada PM

SEPANG, 18 Mac (Bernama) — Seramai 137 pelajar Malaysia-Japan Higher Education Programme (MJHEP) tajaan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) menerima kad ucapan tahniah yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum berlepas ke Jepun hari ini.

Kad ucapan tahniah berkenaan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun pada majlis pelepasan pelajar berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis berkenaan, Rina berkata kesemua pelajar tersebut telah menamatkan pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal serta Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik selama tiga tahun di dalam negara.

“Kesemua mereka akan menghabiskan dua tahun untuk pengajian peringkat ijazah di 24 buah universiti di Jepun,” katanya.

Menurut Rina, YPM membelanjakan RM350,000 untuk setiap pelajar dalam bentuk biasiswa tajaan penuh. Pelajar yang berlepas ke Jepun pada malam ini terdiri daripada 71 lelaki dan 66 perempuan.

“Sepanjang pengajian di peringkat diploma, pelajar berkenaan telah didedahkan kepada kebudayaan masyarakat Jepun dengan pelajaran dikendalikan dalam bahasa Jepun sepenuhnya,” katanya.

Sejak diperkenalkan 25 tahun lepas, MJHEP telah melahirkan lebih 1,500 siswazah kejuruteraan mekanikal serta kejuruteraan elektrik dan elektronik setakat ini.

MJHEP diilhamkan oleh Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri keempat berdasarkan visi Dasar Pandang Ke Timur.

— BERNAMA

Similar Posts:

232 total views, 2 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

13 − 6 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas