Tingkatkan Langkah Keselamatan, Penyelenggaraan Perkhidmatan Feri – PM

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyarankan agar langkah-langkah keselamatan dan penyelenggaraan perkhidmatan feri di Langkawi dapat dipertingkatkan susulan kejadian feri terbakar semalam.

“Kita bersyukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” kata Perdana Menteri menerusi catatan dalam laman Twitter rasmi beliau, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, 52 penumpang feri Dragon Star 1 berhadapan detik cemas apabila feri itu terbakar sebaik bertolak dari Terminal Feri Kuah, Langkawi menuju ke Kuala Perlis.

Dr. Mahathir yang juga ahli parlimen Langkawi melahirkan rasa penghargaan kepada pasukan penyelamat dan yang lainnya yang telah membantu menyelamatkan penumpang yang menjadi mangsa di dalam kejadian tersebut.

Similar Posts:

468 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

14 + fifteen =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas