
KENYATAAN MEDIA
Pejabat Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi (Economic Action Council) yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat. Majlis ini ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak ke atas maklum balas rakyat jelata terhadap masalah yang mereka hadapi, khususnya dalam bidang ekonomi.
Matlamat utama Majlis ini adalah untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama, dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat. Majlis ini juga akan meneliti isu-isu berkaitan kos sara hidup, guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah. Berikut adalah senarai ahli-ahli majlis:
- Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad – Perdana Menteri dan Pengerusi Majlis
- Datuk Seri Azmin Ali – Menteri Hal Ehwal Ekonomi
- Tuan Lim Guan Eng – Menteri Kewangan
- Datuk Ignatius Darell Leiking – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- Tuan Baru Bian – Menteri Kerja Raya
- Dr Muhammed Abdul Khalid – Penasihat Ekonomi Perdana Menteri
- Tan Sri Rafidah Aziz – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- Tan Sri Zeti Akhtar Aziz – Pengerusi Permodalan Nasional Berhad
- Professor Dr. Jomo Kwame Sundaram – Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP)
- Tan Sri Dato’ Sri Tay Ah Lek – Pengarah Urusan Public Bank
- Dr Hasnita Hashim – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat
- Datuk Shireen Ann Zaharah binti Muhiudeen – Pengerusi Bursa Malaysia
- Tan Sri Dato’ Dr Mohd Munir Abdul Majid – Pengerusi Asean Business Advisory Council, Malaysia
- Dato’ Dr Paul Selvaraj – Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
- Bah Tony @ Amani William Hunt Abdullah – Peguam
- Encik Nizam Mahshar – Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Institut MASA
Pelantikan ini berkuatkuasa serta merta.
Sekretariat bagi Majlis ini adalah Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.
PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
11 Februari 2019
Similar Posts:
- Pelantikan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Hutang Dan Liabiliti
- Pelantikan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA)
- Perlantikan Pengerusi Dan Ahli Lembaga Pengarah PUNB
- Pelantikan Penasihat Ekonomi Kepada Perdana Menteri
935 total views, 2 views today