Kerajaan mahu kurangkan belanja atau tangguhkan projek mega – PM

KLANG, 25 Feb 2019 (Bernama) — Kerajaan mahu mengurangkan belanja atau menangguhkan pelaksanaan projek pembangunan mega di negara ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas laporan berita bahawa pasukan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) daripada China akan tiba minggu ini untuk merundingkan projek yang digantung itu, perdana menteri berkata :”Harapan kami adalah untuk mengurangkan belanja kerana projek rel ini amat mahal. (Kosnya) lebih RM55 bilion (dan) negara akan mengambil masa 30 tahun untuk membayar pinjaman.

“Kita akan menyelesaikan (bayaran pinjaman) dengan kadar faedah yang tinggi, yang amaunnya akan berjumlah RM140 bilion.”

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian kilang Metrod Holdings Bhd di sini, hari ini, perdana menteri berkata Malaysia tidak mampu menampung perbelanjaan besar seumpama itu pada ketika ini.

“Kita (kerajaan) sedang cuba mengurangkan kosnya atau, sekiranya boleh, kita mahu menangguhkan pelaksanaan projek itu bukan kerana kita tidak mahu (meneruskan projek ECRL).

“Masih agak awal untuk kita kerana kita tidak ada wang. Kini masanya untuk kita memastikan wang dibelanjakan dengan betul kerana kita banyak hutang,” kata Dr Mahathir.

Selain daripada ECRL, perdana menteri berkata negara menanggung hutang daripada 1MDB dan banyak yang lain yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu.

“Kini mereka beritahu kita bagaimana untuk mentadbir negara, semasa mereka mereka mentadbir negara mereka tidak lakukan kerja dengan baik.

“Kita perlu membelanjakan pendapatan yang ada untuk membayar hutang atau jika tidak, negara kita mungkin bankrap,” kata Dr Mahathir.

SUMBER : BERNAMA

Similar Posts:

1,094 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

1 × 5 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas