Cadangan Pengambilalihan Lebuhraya Bertol

PEJABAT PERDANA MENTERI

KENYATAAN MEDIA

1. Kerajaan Pakatan Harapan telah berjanji di dalam manifesto pilihanraya lepas untuk mengambil alih konsesi lebuhraya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat, menurut terma perjanjian konsesi.

2. Ini sebagai langkah Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup pengguna lebuhraya.

3. Sebagai langkah pertama, Kerajaan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi lebuhraya di mana syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti.

4. Lebuhraya yang terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

5. Dengan kejayaan pengambilalihan tersebut, Kerajaan bercadang untuk menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada.

6. Sebagai ganti ‘congestion charge’ (caj kesesakan) akan diperkenalkan di mana pengguna lebuhraya akan hanya dikenakan bayaran ‘congestion charge’ yang sama dengan kadar tol sedia ada untuk waktu puncak selama enam jam sehari.

7. Kadar tol dihapuskan sama sekali pada waktu “off-peak” antara jam 11pm and 5am, dimana penggunaan lebuhraya adalah percuma.

8. Pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa.

9. Hasil kutipan ‘congestion charge’ akan digunapakai untuk menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuhraya serta bayaran pinjaman.

10. Lebihan kutipan akan disalurkan kepada satu dana pengangkutan awam, diguna untuk meningkat kualiti pengangkutan awam seluruh negara.

11. Lain-lain perincian berkenaan cadangan ini akan di umumkan oleh Kementerian Kewangan pada masa yang sesuai.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
23 Februari 2019

Similar Posts:

319 total views, 1 views today

Share:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

five × 1 =

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tatal ke atas