Atas rasa cinta kepada negara, kita terus bekerjasama dan bersatu padu demi mempertahankan kemerdekaan bagi  membangun dan menjaga kedaulatan negara 

"Hanya rasa cinta kepada negara membolehkan kita terus bekerjasama dan bersatu padu untuk mempertahankan nilai-nilai kedamaian, keamanan dan kemerdekaan bagi membangun dan menjaga kedaulatan kita."  

Negaraku Tercinta

Jika kita tidak mempertahankan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh wira-wira terdahulu, maka sejarah mungkin akan berulang dan kita kembali dijajah semula.

Nilai kemerdekaan inilah akhirnya, yang telah berjaya memupuk perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama, selain integrasi nasional silang budaya merentasi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Selamat Menyambut 
Hari Kebangsaan 2022!
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama