Integrity

INTEGRITY

The Government’s commitment is to achieve the aspiration for Malaysia to be known for her integrity and not corruption
Tun Dr Mahathir Mohamad
Prime Minister of Malaysia

UPDATES

1. Pada hari ini saya telah mempengerusikan mesyuarat kali yang ke-5 Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR). 2. Sebanyak 7 kertas mesyuarat telah dibincangkan yang memfokuskan kepada usaha-usaha melonjakkan lagi imej negara dalam aspek governans, integriti dan anti-rasuah. 3. Keputusan-keputusan penting yang telah dicapai dalam mesyuarat JKKMAR kali ini ialah: i. Pelaksanaan Pelan Anti-Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Plan - NACP) yang akan dilancarkan pada Januari 2019 bagi memantapkan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan mengenai governans, integriti dan antirasuah;ii. Pensijilan ISO 37001 Anti-Bribery Management System akan digunapakai secara menyeluruh di setiap kementerian, agensi, jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berisiko tinggi ...
Read More
/ Integrity, Media Statement
UCAPANYAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMADPERDANA MENTERI MALAYSIASEMASA MEMBENTANGKAN USUL MENGENAIKAJIAN SEPARUH PENGGALRANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS, 2016-2020:KEUTAMAAN DAN PENEKANAN BAHARUDI DEWAN RAKYATPADA 18 OKTOBER 2018JAM 4.00 PETANG PEMBERITAHU USUL Tuan Yang di-Pertua, Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan sukacitanya saya berdiri di hadapan Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan satu usul seperti berikut: “Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan Kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2016-2017 Rancangan Malaysia Kesebelas; merestui usaha Kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan untuk menambah baik ...
Read More
/ Cost of Living, Integrity, Speeches
SALINAN MEDIAUCAPAN YAB PERDANA MENTERI, TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD,SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2018DI PADANG MERDEKA, KOTA KINABALU PADA 16 SEPTEMBER 2018 (AHAD) 1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnianya kita dapat bersama-sama di Padang Merdeka, Kota Kinabalu untuk merayakan Hari Malaysia yang ke-55. 2. Kita baru sahaja menyambut Hari Kebangsaan yang menanda permulaan kemerdekaan bagi Malaysia. Kali ini sambutan Hari Malaysia pula adalah untuk memperingati hari ketika Malaysia ditubuh dan menjadi Negara kita bersama. 3. Walaupun kita sudah menyambut Hari Malaysia berulang kali, namun kali ini ia agak berbeza kerana buat pertama kalinya, ...
Read More
/ Integrity, Speeches
100 HARI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakyat Malaysia. 1. Lebih 100 hari yang lalu kita berusaha untuk menukar Kerajaan Barisan Nasional yang dikenali dunia sebagai sebuah kleptokrasi iaitu sebuah kerajaan pencuri. 2. Berkat semangat rakyat yang begitu kuat kerajaan kleptokrasi ini dikalahkan, sesuatu yang dianggap sukar dan tidak mungkin berlaku. 3. Sesungguhnya kejayaan rakyat amatlah besar dalam sejarah politik Malaysia. 4. Kejayaan ini pasti akan tercatat di dalam lipatan sejarah negara sebagai satu kemenangan rakyat yang tidak ada tolok bandingannya. 5. Ada yang anggap kemenangan ini sebagai “miracle” atau keajaiban. Lebih-lebih lagi apabila ia dicapai ...
Read More
SIARAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEMPENA MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS KABINET MENGENAI ANTI RASUAH (JKKMAR)     1. Hari ini adalah hari yang ke-96 sejak Kerajaan Pakatan Harapan memerintah Malaysia. Empat (4) hari lagi, genap 100 hari pertama pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan.   2. Banyak kejayaan yang telah kita capai dalam masa yang singkat ini. 3. Dalam konteks governans, integriti, antirasuah dan hak asasi manusia, Kerajaan Pakatan Harapan telah mulakan dengan langkah yang baik. Dalam 96 hari saja Kerajaan Pusat telah berjaya menggerakkan strategi secara holistik untuk Malaysia “lebih dikenali kerana integritinya dan bukan kerana rasuah” (Lampiran) ...
Read More
/ Integrity, Media Statement
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri;Yang Berhormat Menteri-menteri;Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan pegawai-pegawainya dan seterusnya hadirin sekalian. Saya baru sahaja balik daripada Negara Jepun. Saya ke Negara Jepun ini sudah hampir 100 kali bermula tahun pada 1961. Sejak daripada masa itu, saya melihat negara Jepun ini semakin lama semakin maju. Tahun 1961, mereka baru sahaja mengalami peperangan. Negara mereka hancur. Sepatutnya mereka berasa amat marah kepada mereka yang menggugurkan bom dan lain-lain letupan ke atas negara Jepun. Tetapi yang berlaku tidak seperti yang dijangka, sebaliknya negara Jepun berbaik dengan musuhnya, Amerika ...
Read More
/ Cost of Living, Integrity, Speeches

846 total views, 5 views today

Share: