YAB Perdana Menteri telah menghadiri Persidangan Antarabangsa Zakat Pulau Pinang 2024 di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
YAB Perdana Menteri sentuh kupasan Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh Zakat bahawa institusi zakat bukan institusi biasa tetapi adalah institusi unggul dalam konteks pembangunan ekonomi dan mengurangkan kesenjangan.
Sehubungan itu, pengurusan institusi zakat harus dilaksanakan dengan tatakelola yang paling baik atau par excellence dan semangat itqan fil amal. Kesenjangan ekonomi juga terkait dalam perbahasan meritokrasi.
Michael Sandel dalam bukunya The Tyranny of Merit: What’s Become of the Common Good menyentuh dinamika isu meritokrasi di mana penting membantu kumpulan yang tertinggal.
Justeru, institusi zakat perlu memastikan golongan yang tertinggal dapat bersaing secara adil.
Oleh itu, YAB Perdana Menteri tidak boleh terima sekiranya kutipan zakat yang besar tidak mampu menoktahkan sekurang-kurangnya miskin tegar.
Dalam acara ini YAB Perdana Menteri juga berpeluang meluncurkan e-buku iaitu Isu Zakat Kontemporari: Himpunan Soal Jawab Zakat Berdasarkan Rujukan Kitab dan Fatwa dan Malaysia Madani Teras Kelestarian Kewangan Sosial Islam.
#MalaysiaMADANI
Sumber Video: RTM