Hadir merasmikan Masjid Jamek Tengah Berapit di Bukit Mertajam hari ini. Alhamdulillah, YAB Perdana Menteri telah mengambil peluang ini untuk mengingatkan umat Islam berkenaan tanggungjawab menyemarak serta mengimarah masjid-masjid, dan betapa institusi masjid penting dalam aspek pembangunan dan pemberdayaan umat, bukan wahana menyebar kebencian dan menanam bibit prasangka.
YAB Perdana Menteri turut bersetuju untuk memberikan sumbangan sebanyak RM1 juta bagi program dan kerja-kerja pembaikan serta penyelenggaraan masjid ini sebagai menjamin kelangsungannya sebagai pusat aktiviti keagamaan dan pembangunan insaniah anak-anak Kariah di kawasan ini.
#MalaysiaMADANI
Sumber Video: RTM
Similar Posts:
- PM ANWAR TERIMA KUNJUNGAN MENTERI HAJI DAN UMRAH ARAB SAUDI
- PEMBANGUNAN NEGERI, TEBATAN BANJIR ANTARA DIBINCANG DALAM KUNJUNGAN HORMAT AMIRUDIN
- ANWAR HADIR PROGRAM MUNAJAT AMBANG TAHUN BAHARU 2023
- TERAP ELEMEN AMANAH, KEPERCAYAAN DALAM KERJA BERPASUKAN
- PM ANWAR TERIMA KUNJUNGAN PRESIDEN TIMOR-LESTE, ADAKAN PERBINCANGAN DUA HALA