Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP)

Program PESP telah melahirkan dan seterusnya menyediakan tenaga kerja profesional, mahir dan berketerampilan dalam kalangan generasi muda khususnya bagi mencapai sasaran Negara Maju Berpendapatan Tinggi seperti mana yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Program ini juga kini memasuki tahun ke-47 selepas dilaksanakan sejak tahun 1975.Semasa Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2022 yang diadakan di KLCC, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa PETRONAS akan menaikkan dua kategori elaun untuk pelajar di bawah tajaan mereka melibatkan 2,267 orang berkuat kuasa serta merta.

Pertama, kenaikan ๐ž๐ฅ๐š๐ฎ๐ง ๐›๐ฎ๐ค๐ฎ ๐๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง ๐›๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ daripada RM1,000 kepada RM1,500 untuk pelajar di Malaysia dan tambahan RM500 untuk pelajar di luar negara.

Kedua, pelajar yang baru menerima penajaan PESP, ๐ž๐ฅ๐š๐ฎ๐ง ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ค๐ฌ๐ข (๐Ž๐ง๐›๐จ๐š๐ซ๐๐ข๐ง๐  ๐€๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ๐š๐ง๐œ๐ž) akan dinaikkan daripada RM 4,500 kepada RM 5,000. Teks ucapan penuh layari laman web rasmi Pejabat Perdana Menteri : https://www.pmo.gov.my/…/majlis-penyampaian-anugerah…/

Similar Posts:

Posted on September 20, 2022
4 views
Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.