Lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC)

YAB Perdana Menteri telah melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AztraZeneca di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) pada 16 Mei 2021 untuk melihat proses pemberian vaksin. Bersama-sama beliau ialah Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan YB Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Buat masa ini PPV AstraZeneca di PWTC yang diuruskan anak syarikat tidak berasaskan keuntungan KKM, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd, adalah PPV yang terbesar di Malaysia dengan kemampuan memberikan suntikan vaksin telah dipertingkatkan daripada 2,100 dos sehari kepada 8,100 dos sehari.

YAB Perdana Menteri berpeluang bertemu penerima-penerima vaksin, bertanyakan keadaan dan pengalaman mereka. Menurut maklum balas yang diterima, mereka berpuas hati dengan perjalanan proses pemberian vaksin dan masing-masing berkongsikan pengalaman yang sangat baik sepanjang proses pemberian vaksin.

YAB Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada semua agensi dan sukarelawan yang terlibat dalam membantu menjayakan program vaksinasi berskala besar ini. Beliau turut mengingatkan kepada yang masih belum mendaftar untuk mendapat suntikan vaksin, agar dapat membuat pendaftar dengan segera agar Malaysia berjaya mencapai imuniti berkelompok seperti yang disasarkan.

Similar Posts:

Posted on May 17, 2021
1242 views
Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri